PENGAMBILAN PELAJAR KEMASUKAN TAHUN 2019

Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) yang diuruskan oleh KYS College Sdn. Bhd merupakan sebuah sekolah swasta berasrama penuh yang menawarkan pendidikan berkualiti tinggi. KYSM telah mencatat kecemerlangan dalam bidang pendidikan tanah air dengan melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Misi KYSM adalah untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkarisma dan berjati diri tinggi.

Kolej Yayasan Saad Melaka mempelawa pelajar-pelajar berkelayakan yang memiliki impian pencapaian yang tinggi untuk memohon belajar di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima bagi tahun 2019.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KYSM

  • Pendidikan sekolah menengah mengikut kurikulum kebangsaan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
  • Nilai Tambah: Program Pembangunan Intelektual, Program Pemantapan Sahsiah Diri & Kepemimpinan, Pengajian Bahasa Inggeris Bersepadu, Pengetahuan Am, Muzik, Coding, Seni Reka & Grafik, Renang, Sukan dan Permainan.
  • Bilik-bilik yang serba lengkap dan berhawa dingin.
  • Penjagaan kebajikan pelajar yang menyeluruh
  • Perkhidmatan jururawat, kawalan keselamatan dan pengangkutan.
  • Penginapan asrama dan penyediaan makanan yang seimbang.
  • Kompleks sukan yang lengkap dengan kolam renang bersaiz Olimpik
  • Perkhidmatan internet jalur lebar seluruh kawasan kampus.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DENGAN TAWARAN BIASISWA

  • Calon perlu mendapat sekurang-kurangya 4A (termasuk Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) 2B dalam percubaan UPSR.
  • Calon daripada SRJK (C) yang mendapat gred B dalam Bahasa Cina adalah layak memohon.
  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon perlu menduduki ujian bertulis pada Sabtu 29 September 2018 di pusat peperiksaan yang dipilih dari senarai pusat peperiksaan yang disediakan oleh pihak KYSM.
  • Calon perlu menghadiri program Residence-Based Selection (RBS) pada 24 November hingga 28 November 2018 di KYSM.
  • Jumlah pendapatan bulanan atau pendapatan perkapita keluarga calon hendaklah tidak melebihi dari jumlah yang telah ditetapkan oleh badan penaja.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DI BAWAH PEMBIAYAAN SENDIRI

  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon perlu menduduki ujian bertulis pada Sabtu 29 September 2018 di pusat peperiksaan yang dipilih dari senarai pusat peperiksaan yang disediakan atau pada tarikh lain yang ditetapkan oleh pihak KYSM.
  • Calon perlu menghadiri program Residence-Based Selection (RBS) pada 24 November hingga 27 November 2018 di KYSM atau menghadiri sesi temuduga yang telah ditetapkan oleh pihak KYSM.

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN DUA HINGGA LIMA DI BAWAH PEMBIAYAAN SENDIRI

  • Calon perlu menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang dan konsisten sepanjang persekolahan di sekolah rendah atau menengah.
  • Aktif dalam sukan dan kokurikulum.
  • Sihat tubuh badan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Calon perlu menghadiri ujian kemasukan dan temuduga di KYSM pada 10 Disember atau 17 Disember 2018 atau tarikh lain yang ditetapkan oleh pihak KYSM.

BORANG PERMOHONAN

SEMUA permohonan kemasukan ke KYSM mesti dipohon secara atas talian di laman web kami melalui pautan
admission.kysm.edu.my


TARIKH TUTUP PERMOHONAN UJIAN KEMASUKAN

Tarikh tutup permohonan ujian kemasukan ke Tingkatan Satu dengan tawaran biasiswa adalah pada
18 September 2018

Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu hingga Lima 2019 di bawah pembiayaan sendiri adalah dibuka sepanjang tahun dan calon perlu menghadiri ujian kemasukan dan temuduga mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak KYSM.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 06-2263157 (Pejabat Pentadbiran)
atau e-mail : admin@kysm.edu.my

Permohonan Kemasukan Tahun 2019

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dengan tawaran biasiswa dibuka mulai 1 Ogos 2018 hingga 18 September 2018 dan bagi calon yang memohon biasiswa Axiata Foundation, permohonan dibuka mulai 1 Ogos 2018 hingga 20 September 2018

Semua permohonan kemasukan perlu dibuat secara atas talian di laman web ini

Maklumat lanjut biasiswa tajaan

Maklumat Pusat Peperiksaan

Untuk Kemasukan Tingkatan Satu Sahaja

Kod Alamat Telefon
AA Sek. Keb. Cator Avenue
Lebuh Raya Cator
31350 Ipoh
Perak
05-2496678
CA Sek. Keb. Tunku Azizah
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
Pahang
09-5721343
DA Sek. Keb. Zainab 1
Jalan Talipot
15150 Kota Bharu
Kelantan
09-7471144
JB Sek. Keb. Temenggong Abd Rahman 2
JKR 5737
Jln Abd Rahman Andak
80100 Johor Bahru
Johor
07-2233127
KA Sek. Keb. Sultanah Asma
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah
04-7333234
MA Kolej Yayasan Saad
75450 Ayer Keroh
Melaka
06-2263157
PA Sek. Keb. Bertam Indah
13200 Kepala Batas
Seberang Prai Utara
Pulau Pinang
04-5791379
TA Sek. Keb. Sultan Sulaiman 1
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu
Terengganu
09-6203155
SA Sek. Seri Gaya
Lorong Seladang
Off Jalan Kebajikan
88300 Kota Kinabalu, Sabah
088-224779
QA Sek. Green Road
Jalan Green, Cloud Estate
93150 Kuching, Sarawak
082-241943
Log Out ?

Adakah anda pasti untuk logout?

Pilih Tidak jika anda ingin meneruskan kerja. Pilih Ya untuk logout.