NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Notis data peribadi ini dikeluarkan bagi tujuan mematuhi keperluan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan khususnya di bawah Seksyen 7 PDPA. Notis PDPA ini menerangkan cara Kolej Yayasan Saad Melaka ("KYSM") mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi calon mengikut PDPA. Sila ambil perhatian bahawa KYSM boleh meminda notis ini pada bila-bila masa tanpa apa-apa notis diberikan terlebih dahulu.

1. DATA PERIBADI

Bagi membolehkan KYSM memproses permohonan calon, KYSM perlu dan/atau mungkin diperlukan untuk mengumpul, merekod, memegang, mengguna, mendedahkan dan menyimpan maklumat peribadi dan kewangan keluarga, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. nama;
  2. nombor telefon;
  3. alamat;
  4. alamat mel elektronik;
  5. nombor kad pengenalan dan/atau pasport;
  6. maklumat perubatan;
  7. maklumat pendapatan keluarga;
  8. maklumat kokurikulum;
  9. keputusan akademik;
  10. semua maklumat peribadi lain yang diminta dalam borang permohonan; dan
  11. semua maklumat peribadi lain yang boleh dikumpulkan oleh KYSM daripada calon atau pemohon pada masa akan datang;

    (kemudian daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai "Data Peribadi").

2. KEWAJIPAN MEMBEKALKAN DATA PERIBADI

Pemohon wajib membekalkan Data Peribadi calon kepada KYSM. Sekiranya calon gagal berbuat demikian, KYSM berhak untuk tidak meneruskan pemprosesan permohonan calon.

3. SUMBER DATA PERIBADI

KYSM akan mendapatkan Data Peribadi daripada pemohon dan pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan; atau
  2. komunikasi lisan dan bertulis dengan KYSM; atau
  3. pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada majikan dan penjamin; atau
  4. sumber-sumber lain yang mana pemohon telah memberikan persetujuan untuk mendedahkan maklumat berkaitan calon.

4. TUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI

Tujuan memproses atau/dan menggunakan Data Peribadi calon adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:

  1. berkomunikasi dengan calon atau pemohon;
  2. mentadbir dan menjalankan penilaian terhadap permohonan calon untuk mendapatkan biasiswa daripada badan penaja;
  3. menyediakan perkhidmatan kepada calon;
  4. memproses transaksi pembayaran kepada calon;
  5. tujuan pentadbiran;
  6. tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan;
  7. penyimpanan rekod dalaman;
  8. analisis statistik;
  9. tadbir urus KYSM;
  10. apa-apa tujuan lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang, peraturan dan/atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkaitan;
  11. untuk fungsi dan operasi program berkaitan; dan
  12. untuk penggunaan promosi dalam pelbagai format yang tidak terhad kepada media (tradisional dan baharu), dek pembentangan, penerbitan, cagaran dan sebagainya.

5. HAK MEMOHON UNTUK AKSES DAN MEMBUAT PERTANYAAN

5.1. Pemohon boleh, pada bila-bila masa memohon untuk akses kepada, atau memohon untuk pembaikan atau pembetulan Data Peribadi calon atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi tersebut oleh KYSM mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada pengecualian dan sekatan yang terkandung di bawah undang-undang yang berkenaan. Sekiranya pemohon ingin berbuat demikian, sila hubungi KYSM melalui e-mel, panggilan telefon atau surat-menyurat.

5.2. Pemohon boleh menghubungi KYSM jika pemohon mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan berhubung Data Peribadi calon yang diberikan kepada KYSM.

5.3. Walau apa pun Klausa 5.1 dan 5.2, KYSM berhak untuk menolak permohonan calon untuk mengakses dan/atau membuat pembetulan ke atas Data Peribadi calon setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan.

6. PENDEDAHAN DATA PERIBADI

6.1. Data Peribadi calon yang diberikan kepada atau diperoleh oleh KYSM akan disimpan secara sulit. Walau bagaimanapun, KYSM mungkin perlu untuk menggunakan khidmat organisasi pihak ketiga, penyedia perkhidmatan atau individu untuk mengendalikan perkhidmatan tertentu bagi pihak KYSM. Dalam keadaan demikian, pemohon dengan ini bersetuju bahawa KYSM boleh mendedah dan memindahkan Data Peribadi calon kepada pihak ketiga tersebut, di dalam atau di luar Malaysia termasuk tanpa had, seperti berikut:

  1. badan penaja; atau
  2. rakan strategik; atau
  3. bank dan institusi kewangan; atau
  4. institusi pendidikan; atau
  5. penyedia insurans; atau
  6. penyedia kemudahan penyimpanan; atau
  7. firma undang-undang yang mewakili KYSM; atau
  8. pihak lain yang dianggap perlu oleh KYSM.

6.2. KYSM juga boleh mendedah dan memindahkan maklumat kepada mana-mana badan berkanun, badan pengawalseliaan dan/atau pihak berkuasa kerajaan apabila perlu berbuat demikian tertakluk kepada undang-undang.

Log Out ?

Adakah anda pasti untuk logout?

Pilih Tidak jika anda ingin meneruskan kerja. Pilih Ya untuk logout.